Home / Akhbar / 1,997 Keluarga Dapat Manfaat

1,997 Keluarga Dapat Manfaat

PENULARAN pandemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah masyarakat secara amnya turut terkena tempias.

Banyak keluarga yang terkesan kerana kehilangan kerja, gaji dipotong manakala perniagaan kecil-kecilan juga banyak terpaksa gulung tikar.

Bagi meringankan beban itu, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tampil menghulurkan bantuan dengan menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga menjelang Ramadan, yayasan itu tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf, miskin dan keluarga kurang berkemampuan yang terjejas menerusi program YBK Prihatin.

Kata Zainal Abidin, ia adalah inisiatif positif dalam jalinan kerjasama antara pasukan kerajaan selaku pengelola dan pelaksana dasar dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman bagi membasmi kemiskinan.

Katanya, program itu turut mendapat kerjasama daripada NGO lain iaitu My Fund Action dan Relawan MBM.

“Seramai 500 keluarga menerima manfaat bermula dari Fasa 1 PKP; 200 keluarga pada fasa kedua dan 140 lagi menerusi fasa ketiga.

“Manakala fasa keempat dan kelima ketika awal Ramadan, Program YBK Prihatin digabungkan dengan program utama untuk tahun yang ke-12 iaitu Program Sinar Kasih Ramadan dengan memberi wang tunai RM600 pada 187 keluarga yang dikenal pasti,” katanya pada majlis Misi Bantuan Kemanusiaan Rezeki Sinar Syawal di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut beliau lagi, seramai 870 keluarga turut menerima sumbangan menjelang Aidilfitri lalu dan kami turut membantu 200 lagi keluarga selepas hari raya.

“Secara keseluruhan, sebanyak 1,997 keluarga sudah menerima manfaat daripada program ini sejak PKP dikuatkuasakan.

“Sepanjang tempoh itu juga, banyak pengalaman baharu yang kami pelajari seperti memberi bantuan pada musim penularan wabak dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan selamat bagi memastikan semua dalam keadaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, yayasan berkenaan turut menyarankan kerajaan supaya mempertingkatkan usaha dan mengkaji dasar sedia ada bagi membasmi kemiskinan secara holistik sama ada dari sudut kemiskinan pendidikan, budi, ekonomi, saintifik mahu pun sosial supaya mereka yang terkesan dapat mencari jalan keluar.

Justeru, usaha membasmi kemiskinan secara inklusif tanpa meminggirkan sesiapa dan mengurangkan jurang antara kaya dan miskin perlu dititikberatkan.

Selain itu, segala bantuan, inisiatif mahu pun dasar yang ingin dibangunkan perlu disegmenkan mengikut jumlah komposisi kaum di Malaysia bagi memastikan ia adil dan saksama.

Artikel penuh:

https://www.hmetro.com.my/nuansa/2020/07/597636/1997-keluarga-dapat-manfaat

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »