Home / Berita / MBM JAYAKAN PROGRAM YADIM PEDULI: MUSAADAH COVID-19

MBM JAYAKAN PROGRAM YADIM PEDULI: MUSAADAH COVID-19

KUALA KANGSAR 30 Jun – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh telah menjayakan program YADIM Peduli : Musaadah Covid19 anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), MBM dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Lempor yang diadakan di Manong.

Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Nur Shamshidar Zulkapli, Guru Besar Sek. Keb. Lempor yang menjentik emosi seluruh tetamu yang hadir menceritakan bebanan tugas yang digalas pihak sekolah bukan sahaja sebagai institusi mendidik tetapi juga menjadi ‘pusat aduan’ ibu bapa yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Sdr. Ahmad Shah turut menyampaikan ucapan yang memaklumkan peranan MBM sebagai perantara di antara masyarakat dengan institusi kerajaan dalam menyalur bantuan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Abdul Hafiz Mat Tuah, Pegawai Khas kepada Timbalan Pengarah YADIM.

Hadir sama Puan Salasiah Mohammed Arshad, Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima, sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga muda. Seramai 50 ibu bapa pelajar SK Lempor dan 50 penduduk sekitar negeri menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan dapur.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »