Home / Akhbar / 24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan

24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan

PUTRAJAYA: Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima surat cara dan pelantikan hari ini.

Mereka terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).

Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini.

SPRM dalam kenyataannya, hari ini berkata seramai tujuh ahli LPPR telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan itu adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.

Ahli-ahli LPPR:

1. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi) – Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara

2. Tan Sri Ismail Omar – Bekas Ketua Polis Negara

3. Datuk Seri Azman Ujang – Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

4. Datuk Seri Akhbar Satar – Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia

5. Datuk Dr Hamzah Kassim – Pengarah Urusan The IA Group

6. Datuk David Chua Kok Tee– Pengarah Urusan DC&A Group

7. Professor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff – Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

SPRM berkata, seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

“Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2022, manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 30 Mei 2022,” katanya.

Ahli-ahli PPPR:

1. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi) – Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2. Datuk Manja Ismail – Pengarah Hal Ehwal Semasa dan Faktual TV dan Digital Primeworks

3. Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4. Prof Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez – Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

5. Datuk Chamil Wariya – Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)

6. Datuk Freddie Fernandez – Presiden Persatuan Karyawan Malaysia

7. Jufitri Joha – Presiden Majlis Belia Malaysia

8. Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail – Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

9. Norita Che Ali – Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan

10. Datuk Nadzim Johan – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

11. Datuk Md Yusof Md Aslam – Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd.

12. Datuk Baljit Singh Sidhu – Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

Ahli-ahli PPO:

1. Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi) – Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara

2. Dr Hj Mazlan Haji Ahmad – Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia

3. Datuk Abdul Manap Dim – Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri

4. Datuk Mohd Faudzi Che Mamat Bekas – Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

5. Datuk Azimah Abdul Hamid – Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/705706/24-ahli-badan-bebas-sprm-terima-surat-cara-dan-pelantikan

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »