Home / Kenyataan Akhbar / MBM KESAL TIADA WAKIL BELIA DALAM MAJLIS PENASIHAT PERTANIAN NEGARA SESI 2020-2021

MBM KESAL TIADA WAKIL BELIA DALAM MAJLIS PENASIHAT PERTANIAN NEGARA SESI 2020-2021

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan rasa kesal kerana tiada wakil belia dalam Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) Sesi 2020-2021 seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).

Bersesuaian dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035 yang menyatakan bahawa hal ehwal pembangunan belia merentas kementerian dan jumlah populasi belia Malaysia yang mencecah 14.7 juta maka amatlah wajar golongan belia diwakili dalam MPPN sebagai platform penasihat dan membuat cadangan polisi dan strategi MOA.

Selain itu golongan belia wajar diberikan tempat dalam MPPN bagi mewakili suara belia dalam menasihati Menteri dalam hal ehwal berkaitan belia dan pertanian sementelah ia amat berkait rapat dengan masa depan mereka iaitu berkaitan kedaulatan makanan (food security). Golongan belia khususnya belia tani juga mampu memberikan sisi pandangan, aspirasi dan strategi berbeza mengikut perspektif umur mereka bagi mengimbangi pandangan ahli-ahli yang lebih senior dan berpengalaman dalam MPPN.

Kehadiran golongan belia dalam MPPN juga mampu memberikan idea yang segar bagi menarik golongan belia untuk terlibat dalam sektor pertanian. Justeru, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee wajar mempertimbangkan dua wakil belia daripada MBM yang menjadi suara rasmi belia Malaysia dan seorang lagi belia tani.

MBM juga menggesa agar Kerajaan lebih serius melibatkan partisipasi golongan belia yang berkelayakan dan berkemahiran dalam semua platform penasihat, pembuatan dasar dan keputusan di semua peringkat agar suara belia benar-benar dihargai dan diwakili.

ABDUL HAFEEZ ABDULLAH

PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

MERANGKAP;

EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh :  29 Jun 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »