Home / Berita / EXCO MBM DILANTIK ANGGOTA MAJLIS PERUNDINGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MPKM)

EXCO MBM DILANTIK ANGGOTA MAJLIS PERUNDINGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MPKM)

PUTRAJAYA 9 Jun – Sdri. Kavita Maheendran, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dilantik sebagai Anggota Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah.

Sejurus selepas pelantikan tersebut, beliau menyertai Mesyuarat MPKM yang dipengerusikan YB Menteri untuk membincangkan pendekatan dan dasar yang sesuai bagi isu-isu komunikasi dan multimedia, hala tuju dan pelan strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM.

Sdri. Kavita dicalonkan oleh pengurusan kanan MBM berdasarkan merit kelulusan akademik dan pengalaman beliau dalam bidang komunikasi dan kewartawanan selain memenuhi keseimbangan kuota gender dan kaum dalam MPKM.

Syabas Kavita! Terus mewakili suara belia.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »