Home / Akhbar / COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

KUALA LUMPURr: Golongan belia di negara ini berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu pengangguran yang dikhuatiri semakin serius susulan krisis COVID-19.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata apa yang diharapkan belia kini adalah peluang pekerjaan meluas untuk mereka melalui pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 nanti.

Beliau berkata, inisiatif rangsangan ekonomi adalah perkara paling kritikal yang harus diberi tumpuan oleh kerajaan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan, sekali gus mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.

“Apatah lagi, kira-kira 280,000 siswazah bakal menghabiskan pengajian tahun ini, kita bimbang jumlah pengangguran semakin meningkat dan berisiko menyebabkan masalah lain, ” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Jufitri berkata, elemen penting lain yang harus ditumpukan kerajaan adalah aspek penyediaan latihan atau melatih semula belia, antaranya dalam sektor perhotelan yang diberhentikan kerja kesan krisis COVID-19 supaya mereka boleh menceburi bidang lain seperti perniagaan.

“Bagi belia yang sedia bergelar usahawan pula, mereka harus didedahkan kepada penggunaan digital platform secara maksimum dalam menaik taraf perniagaan, apatah lagi inisiatif itu dilihat sangat sesuai dengan normal baharu yang harus dipraktikkan kini.

“Ada sebahagian usahawan muda yang berkecimpung dalam PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) di kawasan pedalaman misalnya, mereka memang tahu menggunakan digital platform, namun mungkin ia tidak dipraktikkan secara meluas, ” katanya.

Selain itu, katanya, aspek kedaulatan makanan juga penting dan berikutan Malaysia masih lagi mengharap bekalan import, kerajaan boleh membabitkan golongan muda dengan menarik mereka menjadi sebahagian daripada agenda penting itu.

“Kerajaan boleh menggalakkan lebih ramai anak muda terbabit dalam agenda kedaulatan makanan dengan menjadikan mereka sebagai petani pintar dengan mengaplikasikan teknologi terkini.

“Sebelum ini sudah wujud agenda ini tetapi ia tidak serius. Kini ancaman terhadap kemungkinan kekurangan makanan itu ada disebabkan COVID-19, maka kerajaan kena buka mata untuk menumpukan dalam aspek ini, ” katanya.

Kenyataan penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/696056/covid-19-sedia-insentif-latih-semula-pekerja-diberhentikan

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »