Home / Berita / MISI BANTUAN KEMANUSIAAN REZEKI KASIH RAMADHAN

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN REZEKI KASIH RAMADHAN

Kotak Rezeki Ummat – Bantuan keperluan asas dapur

SHAH ALAM 20 Mei – MyFoundAction, Food for Hunger, MyHeart dengan kerjasama Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan Rezeki Kasih Ramadhan kepada golongan yang memerlukan di PPR Ken Rimba, Seksyen 16.

Sebanyak 400 unit kotak makanan diedarkan kepada penerima terdiri dari golongan asnaf, warga emas, OKU, ibu tunggal dan keluarga B40. Kotak makanan ini adalah sumbangan MyFundAction.

Agihan dilakukan dengan kerjasama sukarelawan Adab Youth Garage dan Rukun Tetangga mengikut garis panduan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN). Hadir sama Puan Aisyah, Penyelaras MyFundAction dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »