Home / Kenyataan Akhbar / MBM MENJUNJUNG KASIH TITAH DYMM TUANKU

MBM MENJUNJUNG KASIH TITAH DYMM TUANKU

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin merakamkan setinggi-tingginya ucapan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena pembukaan penggal ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020 bertempat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Sebagai Institusi tertinggi pasak Negara yang bersifat non-partisan, DYMM Tuanku telah membuat keputusan yang bijaksana berdasarkan peruntukkan Perlembagaan Malaysia bagi menstabilkan keadaan kemelut politik Negara yang berlangsung hampir seminggu pada penghujung Februari yang lepas. Kata pemutus daripada DYMM Tuanku amat didambakan dalam keadaan rakyat dan Negara berada dalam keadaan resah dan buntu. Kemelut politik ini benar-benar membuka mata belia dan rakyat betapa pentingnya peranan Institusi Diraja ini bagi memastikan kemelut ini tidak berpanjangan sekaligus menjamin kestabilan Negara. ‘Concern’ majoriti rakyat hanya kepada kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Sebagai suara rasmi belia pelbagai kaum yang turut bersifat non-partisan, MBM akan terus mendokong Institusi Diraja sambil menyeru para belia terus mendokong Institusi yang menjadi payung kepada semua rakyat jelata merentas kaum dan agama.

MBM juga mengambil cakna Titah DYMM Tuanku dan akan terus berperanan aktif membantu Kerajaan semasa menggerakkan agenda-agenda penting yang telah dititahkan oleh DYMM Tuanku seperti pembasmian Covid-19, pemulihan ekonomi, perpaduan, sekuriti makanan, jurang kemiskinan dan pembangunan.

MBM juga turut menyambut Titah DYMM Tuanku yang menyeru agar semua ahli politik menjadi teladan dalam menyemai nilai-nilai positif kepada rakyat dan matang dalam berpolitik.

Pada hemah MBM, seruan tersebut penting kerana kebanyakan ahli politik telah terleka dan alpa tentang salah satu peranan penting mereka sebagai pendidik khususnya menjadi teladan kepada para belia dan remaja yang sedang memerhatikan gelagat mereka.

MBM mengucapkan syabas atas persidangan Parlimen yang berjalan lancar hari ini.

JUFITRI BIN JOHA
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 18 Mei 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »