Home / Kenyataan Akhbar / MYYOUTHFAIR: ALTERNATIF KEPADA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2020

MYYOUTHFAIR: ALTERNATIF KEPADA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2020

Penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda telah mendorong kepada penangguhan sambutan Hari Belia Negara 2020 kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kerinduan para belia kepada sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada Mei setiap tahun bakal terubat dengan penganjuran MYYouthFair. Program ini merupakan sebuah Karnival Jualan Mega atas talian melalui platform Digital Cashback yang menggabungkan pelbagai kategori platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Zalora dan lain-lain lagi partners e-dagang di Malaysia.

MYYouthFair akan berlangsung selama dua hari bermula 16 sehingga 17 Mei 2020 dan merupakan sebuah usahasama antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Objektif penganjurannya adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan budaya membeli-belah atas talian dalam kalangan belia. Ia juga adalah untuk merangsang ekonomi domestik semasa, terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang sedang berlaku ketika ini selain memberi rasa ‘istimewa’ kepada belia sempena sambutan Hari Belia Negara.

Menariknya karnival ini bakal mengumpulkan sebanyak 200 peniaga tempatan serta pemilik jenama termasuk pengeluar dan pengedar melalui platform Cashback. Insentif kempen MYYouthFair adalah melalui pemberian baucar ke atas transaksi pembelian atas talian di platform Cashback. Setiap Belia yang membuat pembelian di atas platform tersebut layak mendapat baucer minumum RM10, RM20 dan RM30 maksimum.

MYYouthFair mensasarkan golongan belia Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun bagi merancakkan aktiviti ekonomi mereka.

MUHAMMAD FADZLI HASAN

TIMBALAN PRESIDEN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HARI BELIA NEGARA MBM

Bertarikh : 15 Mei 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »