Home / Kenyataan Akhbar / MBM UCAP TAHNIAH DAN GESA KABINET SEGERA BEKERJA UNTUK NEGARA

MBM UCAP TAHNIAH DAN GESA KABINET SEGERA BEKERJA UNTUK NEGARA

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucap tahniah di atas pelantikan Kabinet baharu seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. 

MBM menggesa agar barisan kabinet segera menjalankan tugas dengan penumpuan kepada pemulihan ekonomi, peluang pekerjaan, pengawalan COVID -19, membanteras rasuah dan salah guna kuasa, perpaduan dan reformasi institusi, kurangkan politiking dan mengungkit perkara-perkara yang lepas kerana harapan belia dan rakyat adalah amat terlalu tinggi kepada kestabilan politik dan ekonomi Negara.

MBM juga mengalu-alukan pelantikan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican kerana beliau mempunyai latarbelakang pergerakan belia sebelum ini. MBM mengharapkan senario pembangunan belia dan pergerakan belia akan lebih maju dan hebat di bawah kepimpinan beliau kerana beliau diyakini memahami dan menjiwai keadaan pembangunan dan pergerakan belia Negara.

MBM sebagai pergerakan belia yang non-partisan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan khususnya demi pembangunan belia dan Negara.

MBM merayu agar Kerajaan segera menyatupadukan semula seluruh rakyat Malaysia, jangan ada yang tertinggal dan disisihkan semata-mata kerana berbeza pendirian sebagaimana penegasan YAB Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

Selamat bertugas!

JUFITRI JOHA

PRESIDEN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh:  9 Mac 2020 / 14 Rejab 1441H

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »