Home / Kenyataan Akhbar / PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI : BERI KELEGAAN KEPADA PKS

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI : BERI KELEGAAN KEPADA PKS

Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini memberi kelegaan terutamanya kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sektor pengeluaran merupakan pihak yang terkesan kerana ada negara yang terlibat dengan wabak Covid-19 terpaksa menutup sementara operasi kilang.

Ekoran penutupan sementara operasi ini telah memberi kesan kepada pengeluaran produk serta pembayaran pinjaman balik kepada sektor kewangan juga tertangguh. Inisiatif Kerajaan yang menyarankan semua bank dikehendaki mengurangkan beban kewangan dalam bentuk penangguhan bayaran atau penjadualan semula pinjaman memberi kelegaan kepada usahawan PKS di negara ini.

Kemudahan Bank Negara Malaysia dalam menyediakan Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa berjumlah RM2 bilion, terutamanya pembiayaan modal kerja untuk PKS pada kadar 3.75 peratus ini dilihat membantu PKS membuat persediaan awal kepada peningkatan dalam ekonomi apabila penularan Covid-19 sudah mula berkurangan. Ia juga memastikan syarikat berada dalam keadaan baik serta bersedia untuk meningkatkan operasi perniagaan ke pasaran antarabangsa.

Pakej rangsangan ekonomi ini dilihat bagi memastikan prestasi PKS terus berada pada landasan pertumbuhan sedia ada sehingga suku ke kedua tahun 2020. Sasaran pertumbuhan tersebut dijangka disokong oleh aktiviti penggunaan domestik dan pelancongan dalam negeri yang berkait rapat dengan prestasi PKS.

Sektor PKS menyumbang sebanyak 37.1 peratus kepada Kumpulan Dalam Negara Kasar (KDNK), 66 peratus kepada guna tenaga dan 17.3 peratus kepada eksport negara. Sumbangan PKS kepada ekonomi negara perlu dimantapkan dengan inisiatif berterusan daripada Kerajaan bukan hanya sebagai pendorong tetapi pemacu utama pertumbuhan.

Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform e-dagang merupakan langkah tepat terutama kepada peniaga atas talian yang berurusan dengan Negara China yang terjejas teruk kerana Covid-19. Hampir kesemua produk yang ditempah terpaksa ditangguhkan dan ini memberi tekanan kepada usahawan mikro atas talian untuk menjalankan operasi mereka.

Malaysia kini muncul antara pasaran e-dagang di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.

NURLIANA BINTI MUHAMMAD
TIMBALAN PENGERUSI
BIRO PERINDUSTRIAN, EKONOMI & KEUSAHAWANAN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
MERANGKAP;
SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN TUNAS USAHAWAN NASIONAL (PERTUNAS)

Bertarikh: 29 Februari 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »