Home / Berita / SIDANG MEJA BULAT: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

SIDANG MEJA BULAT: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

KUALA LUMPUR 25 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat: Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Sidang Meja Bulat ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan berkongsi pendapat dalam mencari satu titik persamaan dalam kepelbagaian di negara ini yang melibatkan 51 peserta pelbagai agama dan bangsa agar ia menjadi wadah utama dalam membentuk perpaduan dari kepelbagaian yang ada. Persidangan yang dihadiri oleh 26 pertubuhan yang terdiri daripada badan gabungan MBM yang mewakili bangsa India, Cina dan Melayu, NGO Agama, Jabatan Perpaduan Negara dan Institusi Pendidikan.

Hasil daripada persidangan ini telah berjaya membentuk sepuluh resolusi, iaitu:

1. Meneruskan usaha mencadangkan semula Akta Keharmonian Kaum di bawa ke Dewan Rakyat.

2. YADIM dicadangkan menyediakan modul keharmonian dengan naratif baru yang lebih segar serta menyediakan pasukan menggerakkan dakwah di Malaysia.

3. Menggesa ahli-ahli politik untuk tidak mempergunakan isu perpaduan dan keharmonian kaum dan agama demi kepentingan politik.

4. Mencadangkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan program 3S (Sabah, Sarawak dan Semenanjung).

5. Kembalikan fahaman agama masing-masing kepada belia-belia.

6. Mewujudkan pasukan muhibah di setiap negeri atau zon melibatkan semua kaum, bangsa dan agama.

7. Sidang ini mencadang diadakan bengkel sebagai penerus kepada program hari ini.

8. YADIM dan MBM dicadangkan membawa Persidangan Meja Bulat ini ke Sabah dan Sarawak.

9. MBM akan memperkasakan perpaduan belia melalui pengenalan Duta Belia. 10. Mempelbagaikan program dengan modul aktiviti dan santai kepada generasi muda.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »