Home / Kenyataan Akhbar / PEMANDU MABUK : HUKUMAN SEDIA ADA TIDAK MEMADAI

PEMANDU MABUK : HUKUMAN SEDIA ADA TIDAK MEMADAI

Nyawa adalah entiti yang bermaruah, terhormat bahkan dipelihara. Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah prinsip kedua dari 5 prinsip maqasid syariah (makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia) yang ditetapkan Islam.

Kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk, ia bukan isu baru namun ianya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Keburukan arak ini telah terang. Namun kerana dilesenkan, maka ia dibenarkan menurut undang-undang. Islam telah lama mengharamkan umatnya menogak minuman ini. Ia juga merupakan prinsip maqasid syariah yang ketiga iaitu menjaga akal (hifz al-aql). Mengelakkan akal dan kewarasan kita dari hilang atau rosak adalah tuntutan Islam.

Kemalangan yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk wajar dikenakan hukuman lebih berat. Setakat ini Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan. Jika melibatkan kematian Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan digunapakai yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Ketika ini undang-undang di negara kita membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah sekalipun had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml darah. Tatkala Kerajaan sibuk hendak meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, tapi rupa-rupanya, gagal mengiktiraf kepentingan nyawa rakyatnya dalam isu pemandu mabuk ini. Dalam era Malaysia Baharu ini, sewajarnyalah nyawa manusia perlu lebih diutamakan berbanding hak untuk orang menjadi mabuk.

Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan hukuman penjara dalam tempoh yang lebih lama kepada pesalah dan dikenakan bayaran gantirugi ke atas mereka bagi mangsa atau keluarga mangsa. Lesen memandu mereka juga wajar digantung dalam tempoh yang lebih lama malah mereka juga wajar diwajibkan masuk ke dalam kelas pemulihan dari tabiat buruk ini.

Asasnya mudah, mabuk adalah pilihan sendiri. Berani buat, berani tanggung akibatnya.

Oleh itu MBM mendesak agar pindaan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga membawa kematian pengguna lain dipercepatkan.

MOHD FARED BIN MOHD KHALID
PENGERUSI
BIRO UNDANG-UNDANG, ADVOKASI & HAK ASASI
MERANGKAP
EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 15 Februari 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »