Home / Kenyataan Akhbar / MBM MENGALU-ALUKAN PEMANSUHAN AUKU DAN DIGANTI UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KOMPREHENSIF

MBM MENGALU-ALUKAN PEMANSUHAN AUKU DAN DIGANTI UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KOMPREHENSIF

1.) Segala usaha untuk memenuhi manifesto amat dialu-alukan namun undang-undang komprehensif baru yang dimaksudkan untuk menggantikan AUKU tersebut belum jelas dan perlu kepada penerangan dan konsultasi bersama pemegang taruh (stakeholders);

2.) Undang-undang baru yang dibuat haruslah mengandungi intipati menjadikan mahasiswa yang bebas berfikir, selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan dalam kes Hilman Idham lawan Goverment of Malaysia yang telah diputuskan pada tahun 2011 di peringkat Mahkamah Rayuan tentang kebebasan mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik.

Pada masa yang sama kebebasan untuk para akademia dan mahasiswa berhujah dan berfikir dalam konteks kebebasan akademik di universiti harus menjadi tunjang utama undang-undang baru bagi mahasiswa supaya mahasiswa Malaysia menjadi mahasiswa kompeten setanding dengan mahasiswa di negara maju, begitu juga kepada para akademia.

3.) Undang-undang tersebut juga harus selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan seimbang (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) di samping menumpukan kepada kecemerlangan akademik;

4.) Undang-undang tersebut juga harus menghakupayakan (empower) kesatuan mahasiswa (student union) untuk melatih bakat-bakat kepimpinan muda menjadi kepimpinan masyarakat dan negara;

5.) MBM mencadangkan wakil pimpinan mahasiswa dilantik ke dalam jawantakuasa penggubalan akta baharu tersebut dan MBM serta badan gabungan MBM seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) wajar untuk ditawarkan terlibat menyumbang idea dalam jawatankuasa tersebut;

6.) Ahli akademik yang berwibawa, tokoh pendidik, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Kesatuan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar harus dilibaturuskan dalam penggubalan akta baharu ini.

Semoga undang undang baharu lebih baik dan komprehensif daripada AUKU.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 7 Februari 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »