Home / Berita / PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM PROTES KEPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT

PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM PROTES KEPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT

KUALA LUMPUR| 31 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha mewakili seluruh kepimpinan MBM telah menghadiri Perhimpunan dan Penyerahan Memorandum Protes Kepada Kedutaan Amerika Syarikat Pelan Deal of the Century (DOC) di Kedutaan Amerika Syarikat. Beliau bersama 100 orang yang mewakili badan-badan NGO dan parti politik turut memberikan ucapan dalam solidariti membantah pelan damai anjuran Amerika Syarikat itu.

“MBM mewakili seluruh belia di negara ini membantah sekeras-kerasnya pelan licik yang akan menindas penduduk Palestin, sekaligus hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Perkara ini akan terus menggugat keamanan dunia dan usaha damai tidak akan selesai dengan cara begini”, ujar Jufitri dalam ucapannya.

Perhimpunan diadakan untuk membantah pelan DOC yang merupakan pelan pendamaian berat sebelah yang menindas negara Palestin serta rakyatnya. Pelan itu juga adalah pengkhianatan kepada keamanan sejagat kerana ia adalah satu pelan yang tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana perjanjian tersebut atas dasar kepentingan untuk merampas Baitul Maqdis dan bumi Palestin tersebut.

Turut hadir Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Cikgu Azmi Hamid dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz. Selain itu, hadir bersama adalah Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum Parti Amanah Negara.

Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: 3 people, people standing, beard, hat and outdoor
Image may contain: 13 people, people standing, tree and outdoor
Image may contain: 8 people, people standing, crowd and outdoor
Image may contain: 4 people, beard
Image may contain: 1 person
Image may contain: 12 people, people standing and crowd
Image may contain: one or more people, people standing, sky, shoes and outdoor
Image may contain: one or more people, crowd, tree and outdoor
Image may contain: 1 person, outdoor

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »