Home / Berita / PROGRAM SHABAB TALK SERIES

PROGRAM SHABAB TALK SERIES

BANGI| 22 Januari -Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Program Syabab Talk Series dan Jelajah Kelab WAMY Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Program ini juga telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia, Ustaz Maged Mohammed Obaid Badhawi dan Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman, Timbalan Rektor HEP KUIS sebagai wakil Prof. Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri, Rektor KUIS.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Kelab WAMY Malaysia khususnya kepada golongan mahasiswa/i di negara ini. Program ini akan diteruskan lagi di 10 buah universiti terpilih tempatan sehingga penghujung tahun 2020.

Presiden dan Setiausaha Agong turut menyampaikan perkongsian kepada para peserta mengenai isu-isu semasa belia Islam sedunia seperti yg dibincangkan pada OIC Youth Forum di Doha, Qatar baru-baru ini. Manakala bagi Pengerusi Kelab WAMY Malaysia, Sdr Muhamad Hanapi b. Jamaludin yg juga Felo Penyelidik MBM menyampaikan slot “Aktivisme mahasiswa di dalam dan luar kampus”. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Image may contain: one or more people

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »