Home / Berita / BICARA CAKNA MBM RUNGKAI POLISI NEGARA TERHADAP SISTEM PARLIMEN MALAYSIA

BICARA CAKNA MBM RUNGKAI POLISI NEGARA TERHADAP SISTEM PARLIMEN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 | Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan program Bicara Cakna yang membawa topik ‘Isu dan Polisi Negara: Reformasi Dewan Negara dan Polisi Awam’. Program ini menampilkan Senator YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, yang merupakan Pengerusi Kaukus Dewan Negara bertindak sebagai ahli panel.

Sesi perkongsian banyak memberi penekanan terhadap kepentingan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Menurut YB Mohd Yusmadi, Dewan Negara dan Dewan Rakyat memerlukan sebuah proses reformasi atau semakan semula kerana dalam 60 tahun penubuhannya, Dewan Negara dilihat masih tidak mencapai matlamat sepenuhnya.

“Dewan Negara harus menjadi sebuah badan yang relevan terhadap masyarakat sivil serta pertubuhan belia dalam negara ini dalan usaha untuk merakyatkan parlimen.” katanya di sini, semalam.

YB Mohd Yusmadi menambah, MBM sebagai sebuah pertubuhan belia utama negara yang diiktiraf perlu bijak merangka strategi dalam mencari ruang kerjasama dengan pihak Dewan Negara bagi merangka polisi dan dasar demi memartabatkan peranan MBM sendiri seterusnya dapat mengangkat suara belia dari akar umbi ke peringkat lebih tinggi.

Program ini dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada wakil badan gabungan, wakil beberapa sayap parti politik negara serta pelajar universiti tempatan dan antarabangsa. Turut hadir adalah barisan kepimpinan MBM, diketuai Presiden, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden, Sdri, Nurul-Huda Mohamed Afandi, Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Penolong Setiausaha Agung, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin dan Exco MBM, Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff.

Image may contain: 1 person
Image may contain: 1 person, eyeglasses
Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, indoor
Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, beard
Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, eyeglasses
Image may contain: 1 person, eyeglasses
Image may contain: 1 person, closeup
Image may contain: 1 person
Image may contain: 1 person, eyeglasses and closeup
Image may contain: 1 person, sunglasses
Image may contain: 1 person, closeup
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: 19 people, people sitting and indoor

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »