MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) MAJLIS BELIA NEGERI TERENGGANU KALI KE-16

KUALA TERENGGANU 21 Disember – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) kali ke-16 bertempat di Wisma Seri Amar. MAT sebulat suara menerima kemasukan gabungan baharu Majlis Belia Kuala Nerus di samping membuat beberapa pindaan kecil Perlembagaan. Sdr. Amirullah Othman, Presiden MBNT dalam ucapan dasarnya […]

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG – GPMS YANG KE-65

BANGI 20 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha telah memenuhi undangan ke Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kali ke-65 disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB. Hilman Idham bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam. YB Hilman turut menyampaikan beberapa anugerah termasuk Cawangan GPMS dan GPMS Negeri Terbaik.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGESAHAN KURIKULUM DAN PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS KERJA BELIA TAHAP 5

PUTRAJAYA 20 Disember – Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Bahan Pengajaran Bertulis Kerja Belia Tahap 5 telah diadakan di Institute of Youth Research (IYRES). Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput sebagai Panel Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Written Instructional Materials (WIM) Kerja Belia. Pembangunan WIM ini diterajui oleh IYRES KBS sejak 2018 untuk melaksanakan teras […]

“TALK WITH PROF. SYEIKH ALI QURADAGHI”, SETIAUSAHA AGUNG KESATUAN CENDEKIAWAN ISLAM SEDUNIA

BANGI 20 Disember – Program “Talk With Prof. Syeikh Ali Quradaghi”, Setiausaha Agung Kesatuan Cendekiawan Islam Sedunia bertajuk Pesanan Kepada Belia Malaysia dalam Kerangka Masyarakat Majmuk telah berlangsung di pejabat SKPB Bangi. Program dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE), Angkatan Belia Islam, […]

Translate »