MAJLIS BELIA MALAYSIA

SAMBUTAN HARI KESUKARELAWAN MALAYSIA

CYBERJAYA 7 Disember – Bertempat di MMU Cyberjaya Relawan MBM diketuai Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM hadir mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Sambutan Hari Kesukarelaan Peringkat Kebangsaan. Sebagai rakan kerja kesukarelaan di Malaysia, penglibatan kali ini sangat bermakna kerana kami berpeluang bertemu dengan aktivis sosial di dalam dan luar negara. Selain itu, […]

SKUADMEPS DILANCAR DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU 6 Disember – Terengganu menjadi Negeri ke-4 persingahan jelajah Program SkuadMEPS Menggerak Pengguna Siswa anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Program berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) ini mendapat kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan pihak UNISZA sendiri. Majlis Perasmian SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” […]

KUNJUNG HORMAT MBM KEPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

KUALA LUMPUR 6 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melakukan kunjungan hormat kepada Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri di pejabat MITI. Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM telah mengetuai rombongan MBM selain Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM serta ahli jawatankuasa […]

PIMPINAN MBM HADIRI KONGRES ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

AYER KEROH 6 Disember – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir memenuhi undangan Majlis Penutup Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Walaupun berlaku insiden kekecohan di sebelah pagi namun beransur reda di sebelah petang. Kawalan ketat oleh pihak polis dan petugas keselamatan dijalankan bagi memastikan kelancaran majlis. Penutup disempurnakan […]

Translate »