Home / Berita / YOUNG CEO TALK BANTU USAHAWAN BELIA

YOUNG CEO TALK BANTU USAHAWAN BELIA

PUTRAJAYA 29 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Program ‘Young CEO Talk’ bertempat di Menara Perkeso di sini.

Program dua hari ini telah disertai lebih 300 peserta dari kalangan usahawan dan bakal bergelar usahawan. Pelbagai pengisian bermanfaat dikongsi malah ia merupakan platform terbaik kepada peserta yang hadir dalam mendapatkan input-input berguna bagi membina dan mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.

Antara agensi yang hadir bagi bersama-sama dalam menyampaikan input-input berguna kepada peserta adalah seperti Bank Negara Malaysia, Credit Guarantee Corporation (CGC), Kementerian Industri dan Asas Tani, wakil Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Agensi Kredit Pengurusan Kewangan (AKPK), Tekun Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Bank, SME Corp. Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan sokongan dari Ben Jawi Ventures Sdn Bhd. 

Program ini juga telah mengetengahkan usahawan muda berjaya iaitu Dr. Laila Rani Dato’ Dr. Raja Mohamad Abdullah, Ramcel Media Sdn Bhd, Cik Haziqah Nurul Huda Harun, Victory Yaya Mooncake Sdn Bhd, Sdr. Noor Izwadi Bin Mohd Noor, Pengarah Eksekutif (Pinewealth Sdn Bhd) dan Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat AMRcap dan Kapten Azhar Husaini Ghazali dan isterinya, Puan Nor Zila Aminuddin (Ella) dari Ben Jawi Ventures Sdn Bhd Mereka dijemput untuk bersama-sama dalam menyampaikan perkongsian perjalanan hidup mereka dalam menghadapai cabaran dan halangan bagi menggapai status usahawan muda berjaya.

Kebanyakan respon dari peserta adalah positif kerana melalui program ini mereka memperolehi pelbagai informasi mengenai ruang dan peluang yang ada untuk mereka boleh dapatkan di samping terjawabnya persoalan yang selama ini mereka ingin tahu dan harapan mereka agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di kemudian hari. 

Antara barisan kepemimpinan MBM yang turut bersama-sama selain Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan dan Timbalannya Sdri. Nurliana Muhammad yang hadir dalam program ini ialah Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdri. Nor Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM, dan Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, Ahli Jawatankuasa MBM merangkap Pengerusi Biro Perindustrian dan Asas Tani MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »