Home / Berita / RELAWAN MBM KETUAI PROGRAM SUKARELAWAN PASCA BANJIR DI SEGAMAT

RELAWAN MBM KETUAI PROGRAM SUKARELAWAN PASCA BANJIR DI SEGAMAT

SEGAMAT 29 Disember – Pasukan Relawan MBM, Persatuan Belia Dinamik Barat bersama Sukarelawan belia dari Majlis Belia Daerah Segamat, Majlis Belia Negeri Johor, Mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Majlis Belia Felda Malaysia bersama-sama berganding bahu dan tenaga dalam program Pasca Banjir di Kg Seberang Batu Badak dan Batu Anam, Segamat Johor.

Penduduk-penduduk di sini merupakan mangsa banjir baru-baru ini di daerah Segamat.

Sebanyak lima pasukan dipecahkan dan diberikan tugas masing-masing dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Relawan MBM yang diketuai Sdr. Hafizul Hafizi Abd Halim, Exco MBM telah ditugaskan membersihkan dan memeriksa perkakasan elektrik dua buah rumah dan menyampaikan sumbangan baju kepada penduduk terjejas.

Kepuasan dan senyuman terpancar di wajah penduduk dengan kehadiran sukarelawan ini. Program selesai jam 1.00 petang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Salleheen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor. Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Segamat.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »