Home / Berita / MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MOBILE SCHOOL UNIT YAYASAN BINA KESEJAHTERAAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MOBILE SCHOOL UNIT YAYASAN BINA KESEJAHTERAAN

SUBANG 21 Disember – Majlis Perasmian Penutup Program Mobile School Unit Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare anjuran bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan JPPPL FPP Universiti Putra Malaysia telah berlangsung di PPR Lembah Subang.

Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Sukarelawan JKM PPR Lembah Subang dan Persatuan Penduduk PPR Lembah Subang.

Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM merangkap Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan merupakan Penyelarasan Projek Mobile School 2019 PPR Lembah Subang.

Program ini dilaksanakan di bawah Portfolio Saudara Sherhan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah. MBM bertindak membantu sebagai Rakan Strategik dalam pembinaan Modul dan Fasilitator sepanjang 6 Modul yang telah dijalankan sepanjang 2019.

Sesi ucapan aluan Majlis Penutup Program Mobile School hari ini disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Pengerusi Program Mobile School. Majlis Penutup Program Mobile School 2019 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan.

Sesi Refleksi Pembelanjaran disampaikan oleh Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan UPM. Turut hadir sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Wakil dari Persatuan Penduduk PPR Lembah Subang.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »