Home / Artikel / BAJET 2020 : TUMPU USAHAWAN DIGITAL

BAJET 2020 : TUMPU USAHAWAN DIGITAL

Bajet 2020 memperlihatkan Kerajaan lebih menumpukan untuk mempersiapkan dan membangunkan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terutama yang bersaiz mikro dan kecil untuk beralih kepada pendigitalan. Peruntukan spesifik seperti ini tidak diperkenalkan pada tahun sebelumnya.

Ini seiring hasrat Kerajaan untuk mencapai sasaran sumbangan e-dagang sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh dua tahun akan datang. Buat masa sekarang, e-dagang hanya menyumbang sebanyak 5.8 peratus kepada KDNK berbanding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China, masing-masing dengan 30 peratus dan 21 peratus.

Pembangunan usahawan digital yang lebih berinovasi, sekali gus mewujudkan suatu konsep jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global. Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan bukan saja berperanan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi, tetapi merangkumi peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi serta membuka peluang pekerjaan baru.

Peralihan teknologi digital sedang berlaku dan akan mengubah cara perniagaan dijalankan seperti blok rantaian, mata wang digital, urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang menjadi perkara biasa baharu dalam ekosistem keusahawanan dan perniagaan. Usahawan PKS perlu meletakkan perniagaan mereka pada ekosistem yang tepat untuk bersaing pada peringkat global terutamanya melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone) yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan tambahan dalam talian dan digital. Ia seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.

Usahawan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu pandai mengambil peluang dengan peruntukan sebanyak RM500 juta dengan memanfaatkan kemudahan geran padanan sebanyak RM5,000 bagi setiap syarikat untuk langganan perkhidmatan digital. Ianya mampu memberi manfaat kepada 100 ribu syarikat yang mahu beralih kepada perniagaan digital.

Antara tujuan geran itu diperkenalkan adalah untuk menggalakkan lebih ramai lagi syarikat mengguna pakai sistem tempat jualan elektronik (e-POS), penyelesaian perancangan penyumberan perusahaan (ERP) dan pembayaran elektronik, sekaligus membantu usahawan PKS mengurangkan kos peralihan kepada digital sepenuhnya.

Pengumuman Bajet 2020 terus memperkasakan ekonomi digital apabila Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) diperkenalkan dengan jumlah pelaburan bernilai RM21.6 bilion selama 5 tahun, melibatkan kerjasama dengan sektor swasta. Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan iaitu 5G mencapai 30 Mbsp di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan negara mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, Kerajaan memperkenal Geran Pembangunan Ekosistem 5G  bernilai RM50 juta.

Selain itu, peruntukan bajet 2020 kepada usahawan kali ini juga dilihat lebih bersasar kepada syarikat berimpak tinggi bagi memastikan prestasi PKS terus berada pada landasan pertumbuhan sedia ada sehingga suku ke pertama tahun 2020. Pertumbuhan tersebut dijangka disokong oleh aktiviti penggunaan domestik dan pelancongan dalam negeri, yang berkait rapat dengan prestasi PKS.

Terus memperkasa dan membudaya keusahawanan dalam kalangan generasi muda.

NURLIANA BINTI MUHAMMAD

Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi &

Keusahawanan/

EXCO Majlis Belia Malaysia

Setiausaha Agung 

Persatuan Tunas Usahawan Nasional (PERTUNAS)

Bertarikh: 15 Oktober 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »