Home / Berita / 1ST MALAYSIA YOUNG MINDS CONFERENCE

1ST MALAYSIA YOUNG MINDS CONFERENCE

KUALA LUMPUR 9 Oktober – 1st Malaysia Young Minds Conference telah berlangsung sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental di Pusat Belia Antarabangsa.

Program adalah anjuran Scopurs dan IYC, manakala MBM sebagai rakan kerjasama untuk bersama-sama menyebarluas kesedaran tentang kesihatan mental.

Peserta berpeluang mendengar perkongsian daripada Dr Ravivarma Rao (Laman Minda), Dr Anita Codati (Psiaktri Kanak-kanak), Aiman Amri (Aiman Psikologi) berkaitan stigma dan cara mengurusi kesihatan mental.

Turut diadakan sesi Mind Gym bagi merangsang fokus minda.

Brain Architecture Games yang dikendalikan oleh Dr Ravi dan Dr Anita telah membuka ruang kepada peserta untuk lebih memahami bahawa persekitaran dan sokongan mempengaruhi pembentukan minda seseorang.

Program telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Chong Chee Keong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan penutup oleh YBhg Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYC. Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »