Home / Berita / LET LEADERS LEAD

LET LEADERS LEAD

CHICAGO 25 September – Delegasi “Let Leaders Lead” dibawa berdiskusi dan mengenali gerak kerja dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Interfaith Youth Core (IFYC) dan Council on American-Islamic Relations (CAIR).

Di IFYC delegasi diperkenalkan dengan gerak kerja mempromosikan kerjasama antara agama di kampus-kampus. IFYC juga secara spesifik menawarkan bimbingan, peluang, “tools” dan jaringan kepintaran bagi membantu membawa agenda penting ini ke dalam kampus, kelas, kajian dan kehidupan.

IFYC memfokuskan gerak kerja mendekati belia di kampus kerana universiti menurut mereka merupakan “a microcosm of society”; sumber ilmu; dan melahirkan “a critical mass leaders”. IFYC boleh dicapai di ifyc.org

Sementara itu, perbincangan bersama Gerald Hankerson Koordinator Outreach CAIR berlangsung di University of Illinois at Chicago. Diskusi berlegar sekitar cabaran Islamophobia di Amerika dan hubungan interaksi Muslim Amerika bersama penganut agama lain seperti Kristian dan Yahudi. CAIR umpamanya telah mempunyai hubungan kerjasama bersama Jewish Council on Urban Affairs (JCUA – jcua.org).

Gerald merupakan Koordinator CAIR bagi “community outreach”, pembangunan belia dan inisiatif libat urus sivik. Pautan CAIR boleh diakses di cairchicago.org

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »