Home / Berita / DUA JAWATANKUASA KHAS DITUBUH DALAM MPBN SIDANG I PENGGAL 32 SESI 2019/2020

DUA JAWATANKUASA KHAS DITUBUH DALAM MPBN SIDANG I PENGGAL 32 SESI 2019/2020

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Dua jawatankuasa khas ditubuhkan dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa di sini. Dua jawatankuasa tersebut ialah pendidikan dan kepimpinan serta kesihatan dan sosial sebagai penambahbaikan dan tindakan kepada usul-usul yang dibawa dalam sidang ini.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Waitchalla Suppiah selepas menyampaikan ucapan penangguhan mewakili Menteri Belia dan Sukan.

“Kita menyambut baik pandangan dan idea yang bernas dari anak muda untuk diberi perhatian dan tindakan sewajarnya dari agensi kerajaan berkaitan”, ujar beliau.

Seramai 341 ahli persidangan terdiri daripada kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM), pengerusi jawatankuasa belia negeri-negeri, ahli lantikan menteri, wakil-wakil agensi kerajaan, pemerhati dan pegawai kementerian telah hadir menjayakan persidangan ini. Sebanyak 5 usul dibentangkan antaranya kepimpinan, sosio ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial.

Persidangan ini telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli majlis.

MPBN merupakan platform tertinggi bagi belia menyalurkan idea dan membincangkan isu dan dasar pembangunan belia. Segala keputusan yang dibuat oleh MPBN perlu diperkuatkuasakan, diambil tindakan susulan atau dipanjangkan kepada Jemaah Menteri.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »