Home / Berita / BENGKEL PERBINCANGAN MEJA BULAT BELIA MENGENAI HAL EHWAL ANTARA PENGANUT AGAMA “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN” DAN FORUM HARMONI 2019

BENGKEL PERBINCANGAN MEJA BULAT BELIA MENGENAI HAL EHWAL ANTARA PENGANUT AGAMA “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN” DAN FORUM HARMONI 2019

KUALA LUMPUR 18 Mei – Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan ‘kesatuan hati. Justeru, setiap masyarakat khususnya generasi muda mempunyai tanggungjawab dalam memastikan keharmonian yang ada dipertahankan dan ditambah baik.

Bagi mencapai hasrat tersebut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) melalui Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Bengkel Perbincangan Meja Bulat Belia Mengenai Hal Ehwal Antara Penganut Agama “Kepercayaan Kepada Tuhan” dan Forum Harmoni 2019 bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Peserta-peserta terdiri belia pelbagai kaum dari gabungan MBM antaranya Islam, Sikh, Buddha, Hindu dan Bahai (Orang Asli). Inisiatif ini bertujuan menyemai pemahaman masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia untuk memahami kebudayaan dan agama masyarakat lain.

Seusai bengkel meja bulat, peserta-peserta dibawa melawat ke dalam Masjid dan diberi taklimat mengenai cara ibadat orang Islam. Selain itu, mereka juga turut merasai pengalaman mengacau dan memasak bubur Rawa serta menyedarkannya kepada orang ramai.

Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia JKMPKA, Sdr. Jufitri Joha memberitahu diakhir sesi bengkel ini satu Resolusi akan dibentangkan dan diangkat kepada pihak PERPADUAN dalam proses merangka pelan perpaduan negara.

Majlis penutup telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PERPADUAN Malaysia, Puan Mini O.P. Andu.

Sebelum tiba waktu berbuka, Forum Harmoni bertajuk “Pengertian Puasa Mengikut Ajaran Agama” mengambil tempat yang dipengerusikan oleh Profesor Suresh Kumar. Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Lim Swee Bok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM, Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdri. Nazira Roslee, Sdri. Ng Chor Eng, Sdr. Abu Kadir dan Sdr. Ahmad Shah Mohamad dan Felo Pejabat Presiden MBM, Sdr. Thai Ming Yeow. Exco MBM juga bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan dalam kumpulan.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »