Home / Antarabangsa / LAWATAN KERJA NGO ISLAM KE CHINA : MISI MENYEBARLUAS RAHMATAN LIL ALAMIN

LAWATAN KERJA NGO ISLAM KE CHINA : MISI MENYEBARLUAS RAHMATAN LIL ALAMIN

BEIJING 1 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang dalam misi menyebar luas konsep Rahmatan Lil Alamin. Seramai 20 orang wakil dari agensi Islam dan NGO Islam telah bertolak ke China pada 1 hingga 10 April 2019 bagi menyertai Working Visit Muslim NGO and Malaysian Delegation to China. MBM diwakili oleh Exconya, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim.

Pada hari pertama, rombongan dibawa ke China Islamic Association (CIA) untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara badan Islam Malaysia dan China.

Misi kali ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Kedutaan China di Malaysia dan telah diselaraskan oleh YADIM sebagai urusetia dan perantara di antara NGO Islam yang dijemput.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Profesor Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) dan disambut oleh Presiden China Islamic Association (CIA) Tuan Hassan Yang Faming bersama jawatankuasa CIA.

Semasa pertemuan tersebut Presiden CIA telah menerangkan tentang keadaan umat Islam di China. Beliau menegaskan bahawa Muslim tidak dipinggirkan di China malah terdapat perwakilan Muslim di semua peringkat organisasi sehinggalah ke dalam kerajaan. Segala permasalahan ataupun maklumat berkenaan muslim disampaikan ke CIA untuk tindakan selanjutnya.

Di akhir pertemuan, Presiden Hassan Yang Faming berharap agar hubungan umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia – China berkekalan selama-lamanya.

Fakta Muslim di China:
– 25 juta umat Islam di China 
– 720 persatuan Muslim 
– 10 pusat Pendidikan Islam di seluruh China. 
– Kompleks CIA di Beijing telah dibina oleh kerajaan China
– Kerajaan membiayai pusat Pendidikan Islam 
– Kitab Al Quran diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin, Uyghur, Kazakh dan Kirgiz
– Kitab Fekah, Usuluddin dan Syariah turut di terjemah bagi memudahkan proses pembelajaran.
– Pertandingan Pidato Islam dan Tilawah Al Quran diadakan setiap tahun. Johan akan mewakili negara ke peringkat kebangsaan.
– CIA juga mengumpulkan Jemaah untuk ibadat haji dengan sistematik dan terancang. Tabung Haji merupakan badan yang dikagumi oleh CIA dalam pengurusan haji dan dijadikan model operasi haji mereka.
– Lebih 1 juta umat Islam di China telah mengerjakan haji.
– Kerajaan China menyokong usaha CIA dalam pengurusan Jemaah haji dan turut memberikan bantuan kewangan.
– Kegiatan negatif dan kumpulan pengganas Islam tidak disokong oleh CIA.

Disediakan oleh:
Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim
Exco Majlis Belia Malaysia

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »