Home / Kenyataan Akhbar / MBM SAMBUT BAIK PESTA DEMOKRASI YANG SUBUR

MBM SAMBUT BAIK PESTA DEMOKRASI YANG SUBUR

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK) N 27 dengan beberapa pemerhatian dan analisa umum seperti berikut.

Pesta bendera dan bahan kempen dilihat meriah dan meraikan kepelbagaian kaum melalui variasi bahasa. MBM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa menyeru agar parti-parti politik sentiasa menggunakan pendekatan tersebut.

Pihak parti parti terlibat dan masyarakat harus terus mendidik ahli-ahli dan penyokong parti dan semua yang terlibat agar berkempen secara berhemah agar tidak lagi berlaku kejadian kejadian provokasi dan pertelingkahan kecil.

Jumlah pengundi berumur 21 tahun ke 35 tahun masih rendah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu merancakkan usaha daftar pengundi muda.

Saluran 3 hingga 5 yang mana rata-rata pengundi muda dilihat menyokong Tok Mat dan mula turun mengundi awal. Ini merupakan suatu signal penting yakni pengundi muda sebenarnya mahu berpartisipasi dengan aktif dalam pilihan raya.

MBM sekali mengucapkan setinggi tahniah kepada pemenang yang dipilih oleh warga rantau iaitu Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.

Sekalung penghargaan buat calon PRK N27 yang lain kerana telah bertungkus lumus dalam menjentik semangat rakyat untuk memilih secara demokratik.

Semoga dengan keputusan ini, suara anak muda Rantau disalurkan melalui PRK N27 ini didengari dengan tindakan yang tuntas oleh Putrajaya dalam melunaskan agenda kebajikan anak muda.

Pihak MBM merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak SPR yang memberikan peluang kepada MBM menjadi pemerhati PRK pada kali ini.

JUFITRI JOHA
Presiden MBM

Tarikh : 14 April 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »