Home / Berita / Pelancaran Fit Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Pelancaran Fit Malaysia Peringkat Negeri Selangor

SHAH ALAM 24 Mac – Lebih 10,000 orang menyertai program Fit Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Dataran Shah Alam hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari.

Pada program berkenaan, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut serta menerusi acara Fun Ride sejauh 10 kilometer. Turut dilepaskan acara Fun Walk (4 kilometer) dan Para Fun Walk (1.5 kilometer). Selain itu lebih 30 acara pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Syed Saddiq berkata, Fit Malaysia yang ditubuhkan sejak 2014 diteruskan kerana berjaya menarik penyertaan ramai bagi meneruskan gaya hidup sihat.

“Pendekatan Fit Malaysia mampu mengukuhkan perpaduan, meningkatkan kecergasan, memberi motivasi dan inspirasi kecergasan ke arah negara sukan (sporting nation)”, ujarnya.

Turut hadir mewakili MBM, Naib Presidennya, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi.

Rakan strategik MBM, Malaysia Parachute Association (MyPA) turut terlibat membuka booth pameran bagi mengekalkan sukan payung terjun kepada golongan belia.

ReplyReply allForward

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »