Home / Berita / Kunjungan Hormat MBM Kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Kunjungan Hormat MBM Kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

KUALA LUMPUR 14 Feb – Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah mengetuai kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rombongan MBM disambut dengan mesra oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran dan pegawai-pegawainya.

Kunjungan hormat tersebut adalah untuk merapatkan hubungan dua hala yang terjalin sebelum ini di samping berbincang mengenai program yang boleh dianjurkan bersama.

Hasil pertemuan, pihak DBP bersetuju mengadakan kerjasama dalam beberapa program seperti program Ekspresi Anak Muda Menjunjung Kasih yang diisi dengan wacana pelita Za’ba, konvoi bermotosikal, kayuhan berbasikal bersama Raja Perlis dan konvensyen wanita.

MBM juga bertuah apabila Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom sudi meluangkan masa bersama dalam pertemuan tersebut.

Beliau sempat memberi pesanan bahawa kepemimpinan MBM perlu mempunyai semangat dan berimbang. Pemimpin belia juga perlu rajin membaca dan menulis.

“Hasilkanlah seberapa banyak penulisan kerana kekuatan berfikir dan berkarya amat penting kepada pemimpin belia”, ujar beliau.

Hadir sama Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah, Exco MBM Sdri. Nor Zakiah Azmi, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latiff serta Felo Pejabat Presiden, Sdr. Hanapi Jamaludin.


About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »