Home / Kenyataan Akhbar / Kenyataan Media MBM : MBM Nyatakan Kebimbangan Terhadap Isu Penipuan Kelayakan Akademik

Kenyataan Media MBM : MBM Nyatakan Kebimbangan Terhadap Isu Penipuan Kelayakan Akademik

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM NYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP ISU PENIPUAN KELAYAKAN AKADEMIK

MBM mengambil serius isu integriti dan ketelusan kelayakan akademik sesetengah pemain politik arus perdana dalam masa beberapa minggu ini telah mencucuh kepanasan iklim politik tanah air sehingga mendorong “kebisingan” warga maya.

Bercakap mengenai Malaysia Baharu yang komited membawakan agenda transformasi, politik jujur, melawan ketirisan fizikal, MBM ingin menganjurkan supaya ianya dimulai dahulu oleh integriti moral peribadi.

MBM menyarankan agar budaya bergantung kepada “aksesori politik” sehingga boleh mencemarkan ranah politik sebagai wadah murni menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat, membina kemakmuran bermasyarakat, memastikan kehidupan seimbang dan harmoni akan dipandang sebagai kotor, penuh pendustaan dan lidah bercabang.

MBM menyampaikan rasa waspada kepada diri sendiri dan para pemimpin di semua peringkat supaya membina sifat kejujuran dalam diri. Binalah legasi dengan kewibawaan moral dan sumbangan bererti. Bekerja keras menyampaikan amanah rakyat dengan besar hati. Nilai pendidikan seseorang pemimpin bukan terletak kepada sekeping sijil semata-mata tetapi hakikatnya ianya terletak kepada penghayatan budaya ilmu sebenarnya.

MBM sentiasa menyokong ahli politik yang jujur, amanah, bersih, menawarkan “politik idea”, dan masih percaya ramai di kalangan mereka berada dalam politik untuk benar-benar menyumbang kepada masyarakat dan negara. Ahli politik adalah pemimpin yang berada di garis depan segmen-segmen penting pembinaan negara. Besarlah harapan kepada mereka untuk menjadi tauladan yang baik kepada belia dan rakyat di belakang.

Kita bimbang, semakin banyak integriti moral diremehkan, semakin defisit kepercayaan rakyat. Semakin sukar sederap bersama ke hadapan tanpa sokongan kuat daripada bawah. Pohon yang kukuh, dihunjam oleh akar yang kukuh. Pemimpin adalah pohon yang diperkukuhkan oleh sokongan rakyat sebagai akar. Maka, menangilah mereka dengan kejujuran dan bukan pendustaan.

MBM akan sentiasa memberikan pandangan dalam ruangan wacana yang bebas dan segar dan menjadi kumpulan penyokong budaya politik yang sihat dan bermoral.

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh      : 15 Februari 2019 / 10 Jamadilakhir 1440H

Tel           : (017) 353 3625

Emel        : jufitri1979@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »