Home / Berita / Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 7 : “Ekonomi Belia : Antara Dua Darjat”

Siaran Media : Siri Bual Bicara “Youth Leaders” Tajuk Siri 7 : “Ekonomi Belia : Antara Dua Darjat”

SIARAN MEDIA

 

SIRI BUAL BICARA “YOUTH LEADERS”

TAJUK SIRI 7 : “EKONOMI BELIA: ANTARA DUA DARJAT”

 

Faktor geografi dan psikografi merupakan elemen yang mempengaruhi serta membentuk dua darjat dalam struktur ekonomi terutamanya di kalangan belia Malaysia. Belia yang dibesarkan di kawasan bandar tidak sama keadaannya dengan belia yang dibesarkan di kawasan luar bandar.

Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Manndzri Hj Nasib menyatakan dalam siri dialog Youth Leaders anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), “Kewujudan darjat di kalangan belia tidak hanya berlaku di Malaysia. Negara-negara serantau dan negara maju juga mengalami situasi yang sama. Perbandingan belia di kawasan seperti Mersing, Kelantan dan pedalaman Borneo dapat dilihat dengan jelas perbezaannya dari segi ekonomi. Ianya banyak bergantung kepada peluang yang ada selain faktor seperti geografi dan psikografi yang mempengaruhi pembangunan ekonomi mereka.”

“Belia yang berani merebut peluang untuk memajukan diri akan berjaya. Di Johor contohnya, promosi giat dijalankan dalam menarik minat golongan belia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran berteknologi tinggi seperti minyak dan gas. Tetapi, tidak ramai belia yang datang merebut peluang ini. Perkara ini harus dikaji semula dalam merungkai mengapa belia negara ini masih mempunyai rasa takut untuk memajukan diri” tambah beliau.

Siri dialog ini juga turut menampilkan Mohd Nizam Mahshar, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) selaku ahli panel kedua dan  Nurul-Huda Mohamed Afandi, Ahli Dewan Tertinggi MBM sebagai moderator.

Nizam dalam kenyataannya menggambarkan situasi negara ketika ini agak sukar mencapai hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, “Kos sara hidup semakin tinggi dan ia menyumbang kepada pertambahan jumlah golongan miskin bandar. Selain itu, jumlah pengangguran yang semakin bertambah merupakan cabaran utama negara. Belia kini terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk memperoleh peluang-peluang pekerjaan. Banyak kekosongan di sektor pekerjaan high skill workers, namun tidak diisi”.

Tambah beliau, “jurang yang wujud dalam membentuk darjat atau ketidaksamaan amat ketara di alami di negara ini. Sebagai contoh, jurang yang wujud antara jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pekerja biasa di dalam sesebuah organisasi amat jauh bezanya. Malah perbezaan ini lebih ketara jika dibandingkan dengan organisasi besar luar negara lain seperti Google, Apple dan sebagainya. Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, polisi dan dasar harus diubah.”

Video penuh temu bual ini boleh disaksikan dan juga dimuat turun melalui platform media MBM seperti yang dinyatakan di bawah.

Klik link dibawah untuk saksikan
https://www.youtube.com/majlisbeliamalaysia

atau boleh juga saksikan di fb ini
https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/ 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM di talian (013) 773 3676.

 

Terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    :     27 Mac 2018

Tel          :     (013) 3734934

Emel       :     mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »