Home / Berita / Kenyataan Media : MBM Sokong Kerajaan KuatKuasakan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Berita Tidak Benar

Kenyataan Media : MBM Sokong Kerajaan KuatKuasakan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Berita Tidak Benar

KENYATAAN MEDIA 

MBM SOKONG KERAJAAN KUATKUASAKAN

RANG UNDANG-UNDANG (RUU) AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Berita Tidak Benar yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

MBM menyambut baik langkah ini dan berharap agar undang-undang ini diluluskan dan dilaksanakan dalam konteks membina masyarakat maju berbudaya tinggi.

Media sosial merupakan elemen pen­ting dalam menyampaikan berita kepada orang ramai. Sebab itu usaha mengekang penularan berita palsu perlu suatu kaedah penguatkuasaan bagi membendung gejala ini dari menggugat keharmonian dan kestabilan negara. Ini kerana, statistik menunjukkan pengguna Facebook di Malaysia direkodkan seramai 18 juta dan 20 juta ialah pengguna internet.

Apa yang berlaku sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis mengenai perkara palsu, fitnah dan penipuan di media sosial tanpa sekatan dan pertanggungjawaban. Malah, jumlah penyebaran berita palsu juga semakin bertambah terutamanya menjelang musim pilihan raya tidak lama lagi.

MBM percaya, penguatkuasaan undang-undang berita palsu adalah langkah tepat dan perlu disegerakan bagi membolehkan setiap individu dan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU) lebih beretika dan berhemah dalam kempen-kempen mereka.

MBM sendiri sebagai badan induk pergerakan belia telah melaksanakan kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan menjayakan program Jelajah Advokasi Youth Connected pada 2017 di seluruh negara dalam memberi pendidikan dan kesedaran penggunaan maklumat yang betul melalui media sosial kepada masyarakat khususnya generasi muda.

MBM berkeyakinan bahawa penguatkuasaan undang-undang ini adalah satu bentuk langkah pencegahan dan perlu disokong oleh semua pihak serta tidak lihat dari sudut politik.

Lebih dari itu, langkah ini sebagai peringatan supaya setiap individu bertanggungjawab atas sebarang kenyataan atau sebaran yang dikeluarkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    :  26 Mac 2018

Tel          :  (013) 3734934

Emel       :  mbmsua@gmail.com

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »