Home / Berita / Pogram Inspired Radiance in Self (IRIS) sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

Pogram Inspired Radiance in Self (IRIS) sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

Melaka 19 Mac – ​Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengadakan Pogram Inspired Radiance in Self (IRIS) sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di sambut di Parlimen Masjid Tanah Melaka pada 18hb Mac 2018. Antara pengisian program ini ialah aktiviti kecergasan yang dijalankan seperti zumba bersama beliawanis setempat. Seramai 70 orang peserta beliawanis yang hadir ke program Zumba ini. Turut hadir YB Adun Kawasan Lendu iaitu YB Sulaiman. Aktiviti zumba ini adalah pogram khas yang diadakan kepada beliawanis setiap hari ahad di Pusat Rekreasi Dedaun Lendu.

Selain itu, Program Ziarah Kasih juga dijalankan kepada 15 orang yang memerlukan seperti belia wanita, golongan orang kurang upaya (OKU) dan golongan yang memerlukan. Sumbangan yang diberikan berbentuk makanan kering, barang dapur dan duit belanja perubatan. Turut hadir bersama Sdr. Ridhwan bin Tan Sri Ali Rustam, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka merangkap exco MBM, Sdr. Zaidi, Pengerusi MGB Daerah Alor Gajah dan belia-belia daripada Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah. Program Ziarah Kasih ini berkonvoi sebanyak 10 buah motosikal dan 5 buah kereta menjelajah 15 buah rumah di perkampungan dalam Parlimen Masjid Tanah.

Pogram Al Quran dan Bijak Parenting yang disampaikan oleh Ustazah Sharifah Khasif yang berkongsi pandangan dan pendapat tentang ayat-ayat Al-Quran kepada pelajar-pelajar IPTS dan penduduk setempat yang hadir seramai 200 orang di Masjid Petra Masjid Tanah, Melaka.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »