Home / Berita / Berlari sambil lihat keindahan bendang dan pantai

Berlari sambil lihat keindahan bendang dan pantai

Parit Buntar, 17 September 2017 – Keindahan sawah bendang dan pantai di sekitar daerah Parit Buntar menjadi tarikan utama dalam larian Parit Buntar Kampung Run 2017 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu, Kampung Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak. Seramai 1400 peserta larian yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur telah menyertai beberapa kategori yang ditawarkan seperti kategori 18km terbuka lelaki, wanita, veteran lelaki, veteran wanita dan 7km fun run dan family run.

Larian anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), Kerajaan Negeri Perak dan  Tourism Perak  telah dilepaskan oleh Presiden MBM,  Hj.  Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin  pada jam 6.50 pagi bagi kategori 18km dan 7.15 pagi bagi kategori 7km.

 

 

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »