Home / Berita / Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 (Zon Tengah) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 (Zon Tengah) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bukit Jalil 26 Jul – Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 (Zon Tengah) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung dengan jayanya di Auditorium Enterprise 4 Technology Park, Bukit Jalil dimana anjuran bersama MCMC dan MBM. Siri jelajah ini dimulakan dengan slot Pemerkasaan ‘Connected – Youth’ Melalui Perspektif Kepimpinan Belia oleh Tuan Kamal Affendi Hashim Penganalisis Jenayah. Dalam ucapannya akhirnya kontroversi mengenai sama ada teknologi membentuk nilai, sikap dan corak tingkah laku sosial bukanlah sesuatu yang baru. Pada masa lalu, perkembangan pesat televisyen merangsang perbincangan serupa mengenai kesan budaya dan sosialnya.

Sesi seterusnya adalah slot Aspirasi Belia Untuk Industri Telekomunikasi dan Multimedia Tahun 2050. Moderatornya oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM yang menampilkan 2 orang ahli panel iaitu En. K. Jusly Elis Ketua Jabatan Perlaksanaan Dan Jangkauan dan En. Zahari Bin Ismail Ketua Wilayah Tengah MCMC.

Majlis perasmian Jelajah Advokasi Connected – Youth Malaysia 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha dan Sdr. Eric Choo dan Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan.

 

   

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »