Home / Berita / Dialog TN50 : Fokus pada isu perpaduan

Dialog TN50 : Fokus pada isu perpaduan

Kuala Lumpur, 20 Jun 2017 –Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Memacu transformasi 2050, pelbagai aspirasi diberi oleh bakal pendidik di Institut Pergururan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGBM), Kuala Lumpur dalam siri dialog Inspirasiku TN50 anjuran Myvoc – MBM Komuniti Pendidikan.

Ini adalah beberapa inspirasi dan pendapat yang dikongsi oleh pelajar IPG Bahasa Melayu yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan. Antaranya, para pendidik berharap agar Bahasa melayu digunakan sepenuhnya di dalam bidang pendidikan dan perlembagaan agar tiada isu kekeliruan terhadap pelajar di sekolah. Di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran sains dan matematik digunakan dalam bahasa melayu, manakala di sekolah menengah pula berbahasa inggeris. Selain itu, pendidik berharap agar tulisan jawi dikembalikan, bukan hanya untuk yang beragama islam tetapi untuk pelbagai kaum dan diwajibkan untuk dipelajari dari tadika hingga ke graduan Universiti. Yang terkahir, Pendidik yang berasal dari negeri Sarawak menginginkan kerajaan tidak memandang enteng akan isu yang bersifat kenegerian, sekiranya sifat ini berterussan negara Malaysia tidak akan maju.

Dialog yang berakhir dengan majlis berbuka puasa ini menampilkan ahli panelnya Sdr. Khairul Nizam, Penyelaras MYVOC Pendidikan merangkap Setiausaha Agung MBN Negeri Sembilan dan Sdr. Ahmad Sapparuddin, Setiausaha Agong MBM dan turut hadir, Sdr. Nazrin Faiz selaku ahli parlimen belia.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »