Home / Berita / Dialog TN50 : Bakal Pendidik IPGKRM mahu perkasakan unit kaunseling di sekolah

Dialog TN50 : Bakal Pendidik IPGKRM mahu perkasakan unit kaunseling di sekolah

Seremban, 20 Jun 2017 – Pelajar yang bermasalah seringkali disisih oleh para guru di sekolah. Oleh itu, unit kaunseling harus ditingkat kan bagi mengurangkan masalah sosial di dalam kawasan sekolah. Hal ini kerana, nisbah yang ditetapkan oleh kementerian kepada guru bimbingan dan kaunseling ialah sebanyak 500 murid : 1 Guru Bimbingan dan Kaunseling. Masalah ini harus diambil serius oleh kerajaan bagi mengelakkan gejala masalah di dalam sekolah yang kian berleluasa.

Pelbagai inspirasi yang diberi oleh pelajar-pelajar Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Negeri Sembilan dalam siri dialog Inspirasiku TN50 anjuran Myvoc – MBM Komuniti Pendidikan yang dihadiri 200 pelajar IPG Kampus Raja Melewar yang terdiri daripada pelbagai kursus dan bidang.

Ini adalah beberapa inspirasi yang dikongsi bakal  pendidik yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan antaranya mmemperkenalkan modul pembangunan insan untuk para pendidik selari dengan pembangunan teknologi yang kian berkembang. Selain itu, memperbanyakkan sekolah jalinan kasih bukan sahaja di dalam bandar tetapi juga di luar bandar khusus utk kanak-kanak yang terpinggir dari sistem persekolahan, mahasiswa dan siswi bebas bercakap dan berhimpun secara aman tanpa senjata. Pelajar IPGKRM juga ingin kerajaan memandang serius dengan  jumlah peruntukan bagi peralatan pendidikan jasmani   di sekolah mereka dan akhir sekali pelajar IPG berharap agar Malaysia menjadi ikon dan contoh dalam peradaban di persada dunia.

Dialog yang berakhir dengan majlis berbuka puasa ini menampilkan ahli panelnya  Puan Maznah Binti Abu Bakar, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Negeri Sembilan dan Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM merangkap Duta TN50. Turut hadir Sdr. Ahmad Saparuddin, Setiausaha Agong MBM, Sdr. Wan Mohd Husni, Exco MBM dan Sdr. Khairul Nizam, Penyelaras MYVOC Pendidikan merangkap Setiausaha Agung MBN Negeri Sembilan.

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »