Home / Berita / Dialog InspirasiKu TN50 : Belia IPG Kampus Ilmu Khas Menginginkan Kerajaan Mengambil Serius Kepada Tenaga Pengajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Masa Akan Datang

Dialog InspirasiKu TN50 : Belia IPG Kampus Ilmu Khas Menginginkan Kerajaan Mengambil Serius Kepada Tenaga Pengajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Masa Akan Datang

Kuala Lumpur, 16 Jun 2017 – Aspirasi yang diberikan seringkali dilihat oleh pemuda belia yang berkemampuan dari segi fizikalnya, tetapi jarang didengari oleh Orang Kurang Upaya (OKU). Belia OKU sebagai bakal tenaga pengajar di IPG, berharap agar kerajaan memandang serius dengan keperluan dan kemudahan bagi OKU dan beliau juga mengatakan peratusan kemudahan harus ditingkatkan terutamanya yang di dalam bidang perguruan. Selain itu, belia IPG Ilmu Khas mencadangkan agar kerajaan menyediakan bahan ‘soft copy’ atau material pelajaran seperti buku khas untuk OKU yang datang dari pelbagai konsep tidak kira bisu, buta atau pun pekak. Belia yang menekankan agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dipraktikkan dan dikekalkan dari peringkat sekolah rendah dan juga menengah.  Walaupun ingin mengekalkan kebudayaan Bahasa melayu tersendiri, Bahasa inggeris juga perlu diwajibkan tanpa melupakan Bahasa ibunda.

Ini adalah beberapa aspirasi belia di IPG yang dikongsi bersama dalam siri Dialog Inspirasiku TN50 MBM yang diadakan di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Ahli panelnya Sdr. Khairul Nizam,  Penyelaras MYVOC Pendidikan dan Sdr. Jufitri Joha , Naib Presiden MBM dan ucapan terima kasih pada YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor atas tajaan iftar bersama pelatih.

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »