Home / Berita / Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I Penggal 31 Tahun 2017 – 2018

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I Penggal 31 Tahun 2017 – 2018

Cheras 21 April –  Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I Penggal Ke – 31 Tahun 2017 – 2018 yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Menteri Belia Dan Sukan YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin mempengerusikan MPBN yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB. Datuk Saravanan A/L Murugan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan YB. Dato’ Lokman Hakim, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan Pengerusi Tetap MBM Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim.

Turut hadir Wakil Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Pegawai Kanan KBS. MBM dihadiri oleh barisan Exco-Exco dan Sidang Dewan Tertinggi MBM.

Sidang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan seterusnya ucaptama dan perasmian oleh YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan  Sidang MPBN tersebut.

Sidang diteruskan dengan Pembentangan dan Perbahasan Kertas Persidangan 1 : Membudayakan Inovasi di Kalangan Belia dan Pertubuhan Belia oleh Yayasan Inovasi Malaysia dan Pembentangan dan Perbahasan Kertas Persidangan 2 : Kajian Profil Belia dalam Kegiatan Ekstremisme oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan usul MPBN. Dan terakhir ucapan penangguhan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin.

         

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »