Home / Berita / Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara MBM Dengan Rakan Strategik 1B1K (1B1K-MBM)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara MBM Dengan Rakan Strategik 1B1K (1B1K-MBM)

Putrajaya 10 April – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBM dengan Rakan Strategik 1Belia 1Kemahiran (1B1K-MBM) pada 8 April 2017 (Sabtu) pukul 10.00 pagi bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya.

Inisiatif 1B1K-MBM ini dengan komitmen institut-institut latihan kemahiran seluruh negara yang memfokuskan kepada belia tercicir yang banyak membantu kumpulan sasar serta mendapat perhatian banyak pihak.

Memorandum Persefahaman antara MBM dengan institut latihan kemahiran ini bertujuan membina hubungan yang lebih erat di samping meneroka lebih banyak bentuk kerjasama lain yang bersesuaian dalam konteks pembangunan belia berkemahiran menerusi pendekatan pencungkilan bakat dan potensi.

Majlis ini akan dihadiri oleh Encik Feroz Hanif Bin Mohamed Ahmad, Anggota Lembaga Malaysia Board of Technologists (MBOT) yang akan menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut melibatkan 43 buah kolej kemahiran.

Turut hadir dalam majlis bersejarah ini ialah Presiden MBM, Tuan Hj Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin, Dato’ Hatipah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, pengurusan tertinggi kolej-kolej kemahiran, Ahli-ahli Exco serta Dewan Tertinggi MBM.

Sejak tahun 2010, MBM giat menjalankan gerak kerja dalam memperjuangkan hak dan masa depan belia tercicir dan berisiko untuk diberi peluang kedua mendapatkan latihan pendidikan TVET. MBM tidak keseorangan di dalam gerak kerja ini, malah dibantu oleh 14 buah institusi latihan kemahiran yang sekali gus telah menjadi rakan strategik MBM dalam mempromosi pendidikan TVET di seluruh negara. Sepanjang enam tahun gerakan 1B1K ini dilaksanakan seramai 4,976 orang belia telah dibantu untuk mendapatkan latihan kemahiran sama ada di institusi awam mahupun swasta.

Dewasa ini penekanan terhadap pendidikan TVET amat dititikberatkan oleh kerajaan dan keperluan melatih tenaga mahir sedia ada perlu dilakukan semasa on job training tanpa meninggalkan tugas masing-masing. Ekoran itu, usaha ini memberi satu alternatif kepada hasrat ini bagi memperkembangkan ilmu dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan sumber manusia sedia ada dalam sektor industri tertentu yang dijalankan secara eksekutif.

Justeru, MBM berharap kerajaan menerusi agensi pembiayaan latihan seperti Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), PENERAJU, MARA dan lain-lain dapat  memperluaskan skop pembiayaan untuk TVET khusus buat belia industri mempertingkatkan kemahiran masing-masing.

MBM akan terus memberi kesedaran kepada belia-belia di luar sana bahawa akses mendapatkan pendidikan dan latihan adalah terbuka luas di Malaysia walaupun mempunyai pencapaian akademik yang sederhana atau rendah.

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »