Home / Berita / Ekspresi Negaraku Bergema Di Pekarangan AmanJaya MAll Sg. Petani Kedah

Ekspresi Negaraku Bergema Di Pekarangan AmanJaya MAll Sg. Petani Kedah

Sg. Petani 10 April – Ribuan pengunjung hadir ke Pekarangan AmanJaya Mall Sg. Petani Kedah seawal 6.30 pagi pada 8 April 2017 bagi menyertai pelbagai aktiviti yang dirangka bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Program Ekspresi Negaraku adalah platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

“Ia acara yang meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan inte­raktif, diinspirasikan oleh kejayaan dan kemajuan yang kita telah kecapi sebagai sebuah negara.

Kedah merupakan lokasi kedua program itu dilangsungkan selepas ia dilancarkan pada 18 Mac lalu di Putrajaya oleh perdana menteri.

Acara yang bermula seawal jam 7 pagi dimulai dengan Larian Bendera Negaraku yang disertai kira-kira 3,000 peserta diikuti dengan senamrobik.

Majlis pelancaran program ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada jam 11 pagi, sejurus selepas itu Tan Sri Dr. Ali Hamsa melawat sekitar tapak acara.

MBM tidak melepaskan dengan menghantar kontinjen seramai 600 orang bagi memeriahkan lagi program ini.

Program ini berlangsung sehingga jam 10.30 malam ini juga diserikan dengan penampilan istimewa pasukan pancaragam Sekolah Menengah Kebangaan Keat Hwa dari Alor Setar yang merupakan juara Pertandingan Pancaragam Dunia 2016.

 

 

 

 

 

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »