Home / Berita / Karnival Membuka Peluang Kepada Golongan Belia Menceburi Pelbagai Bidang

Karnival Membuka Peluang Kepada Golongan Belia Menceburi Pelbagai Bidang

Parit Buntar 27 Mac – Karnival Kerjaya & Pendidikan Belia Negara yang berlangsung selama 2 hari dari 25 Mac hingga 26 Mac 2017 di Dataran Alamanda Parit Buntar, Perak yang membuka peluang kepada golongan belia yang sedang mencari kerja atau yang ingin menyambung pelajaran dengan pelbagai bidang pilihan disediakan.

 

Karnival dua hari itu adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Majlis Daerah Kerian dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

 

Karnival ini melibatkan penyertaan lebih 30 syarikat dan 30 institusi yang mengambil bahagian. Sebanyak hampir 1500 orang pengunjung membanjiri dataran ini bagi mendapatkan informasi tentang pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan peluang pekerjaan.

 

Antara pengisian di dalam karnival ini untuk hari pertama pada sebelah pagi ialah Taklimat Kerjaya bertajuk “Hala Tuju Kerjaya” oleh Encik Fitri Junit (PEKA), Forum Peluang-Peluang Pelaburan & Pekerjaan yang menampilkan dua penceramah, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perak, Puan Wan Noraini Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Ybhg. Dr Mazalan Kamis. Skills & Career Talk bertajuk “Belia Berkemahiran” oleh Encik Rahman Hussain Exco Pemuda UMNO Malaysia, Career Talk bertajuk “Pertanian Sebagai Pilihan Kerjaya Muda” oleh Encik Nordin Abdul Malek Pengerusi Institut Agro Usahawan (iGROW) dan Motivasi Talk bertajuk “Kestabilan Ekonomi Menjamin Kestabilan Peluang Pekerjaan” oleh Cik Siti Kamesah Bee Ketua Kewangan Sumber Manusia Amanjaya Ventures. Pada malam hari pula diadakan Bual Bicara Santai Habis bertajuk “Pendidikan Teras Pembangunan Ummah” yang menampilkan ahli panel iaitu Ustaz Harith Fadzilah Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan Ustaz Faqir Mohd Zahrullail Sarkawi, Penolong Pegawai Unit Imarah Masjid Negeri Perak.

 

Hari kedua diadakan TN50 Talk yang menampilkan  YB. Datuk Shahrul Zaman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia & Sukan Negeri Perak dan Ybhg. Dato’ Abu Bakar Mat Ali Pegawai Khas YAB Menteri Besar Negeri Perak / Ketua Umno Bahagian Parit Buntar dan moderator oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin.

 

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB. Datuk Shahrul Zaman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia & Sukan Negeri Perak….

 

 

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »