Home / Berita / MBM Menerima Kunjungan Daripada Majlis Belia Brunei (MBB)

MBM Menerima Kunjungan Daripada Majlis Belia Brunei (MBB)

3 Mei 2016 – Majlis Belia Malaysia menerima kunjungan Majlis Belia Brunei (MBB) sempena Program Pertukaran Belia Antarabangsa yang dihadiri seramai 15 orang. MBM diwakili oleh SUA MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan, Exco MBM Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Sesi kunjungan ini bermula dengan pengenalan diri daripada Sdr. Ahmad Saparudin, Sdr Rizan dan diikuti pelajar daripada Majlis Belia Brunei, seterusnya tayangan video “MBM 100 days & Beyond”. Sdr. Ahmad Saparudin memberi penerangan tentang Majlis Belia Malaysia serta menerangkan tunjang utama di dalam MBM iaitu Kepimpinan, Kesukarelaan dan Keusahawanan.

Bagi pihak Majlis Belia Brunei menerangkan tentang Program Pembangunan Belia di Brunei seperti berikut:

  • Ada menganjurkan aktiviti yang sama seperti PLKN yang diadakan 1 tahun 2 kali dan pengambilan seramai hampir 300 peserta dan program ini merupakan program yang tidak wajib.
  • Di Brunei mempunyai 250 ribu belia yang berumur daripada 15 hingga 40 tahun.
  • Menerangkan tren anak muda di Brunei iaitu membuat “online business” dalam konteks keusahawanan.
  • Menerangkan sistem pendidikan di Brunei yang hampir sama seperti sistem pendidikan di Singapura.
  • Mereka mempunyai 4 buah universiti di Brunei iaitu Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Maktab Perguruan.
  • Menganjurkan program kesukarelawan pada awal tahun di bulan Februari iaitu Program Belia Cinta Tanah Air yang mempunyai 3 fasa gabungan daripada 4 daerah dan merupakan “trademark” MBB,
  • Mereka juga ada menganjurkan program anak angkat di Brunei.

Pandangan daripada MBB

  • Sdr Ahmad Saparudin bertanyakan tentang pandangan MBB terhadap Belia Brunei terhadap Asean Komuniti.
    • Maklumbalas MBB: Merupakan pandangan yang bagus kerana ianya dapat mengeratkan silaturahim antara sesebuah Negara.
  • Pandangan terhadap Free Movement untuk Negara ASEAN misalnya kemasukan orang Malaysia di Brunei tanpa passport “free flow of market and talent”
    • Maklumbalas MBB: Mereka merasakan sedikit kerisauan tetapi akan mengambil tindakkan yang positif seperti mengambil peluang untuk belajar daripada mereka.

Harapan 

SUA MBM berharap supaya MBB menjemput MBM untuk mengadakan program-program yang berkaitan dengan belia seperti program anak angkat di Brunei ,juga berharap ada program seperti pertukaran kepimpinan dan program yang boleh menjalinkan hubungan antara Majlis Belia Malaysia dan MBB.

Pihak MKBN mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kedatangan mereka dan akan membawa segala ilmu yang dapat di MBM dan akan berkongsi bersama di Brunei nanti

MBM21586 MBM21590 MBM21591 MBM21592 MBM21593 MBM21597 MBM21601

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »