Home / Berita / Bengkel Kepimpinan Organisasi Siri 1

Bengkel Kepimpinan Organisasi Siri 1

Pada 15 hingga 17 April 2016 Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan Majlis Belia Malaysia telah diundang oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau untuk mengendalikan program Bengkel Kepimpinan Organisasi Siri 1 bersama dengan golongan belia daerah Rembau yang terpilih yang berlangsung di Kem Solok Sengkuang, Kampung Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan menyediakan barisan pelapis untuk mengambil alih kepimpinan belia peringkat daerah, negeri dan negara. Semua maklum bahawa, pada tahun 2018, takrif belia berdasarkan umur di negara ini akan berubah kepada 15 – 30 tahun. Cabaran yang dihadapi oleh persatuan belia khususnya di peringkat daerah adalah untuk menyediakan generasi pelapis yang bersedia mengambil alih kepimpinan yang rata-ratanya hari ini berumur lingkungan 30 – 40 tahun. Maka, program ini memang memberikan fokus sepenuhnya kepada bakat-bakat baru kepimpinan belia yang bakal dilahirkan. Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM dan Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin telah mengendalikan program ini sepenuhya selama 3 hari 2 malam. Pelbagai cadangan program, kerjasama, input-input yang berkesan telah diterapkan kepada para peserta. Kami berharap akan lahir persatuan belia dan tokoh belia daripada daerah ini yang berasal daripada persatuan belia kampung dan bergiat daripada bawah ke atas dengan pendedahan yang berterusan melalui program-program seperti ini.

 

IMG-20160429-WA0000 IMG-20160429-WA0002 IMG-20160429-WA0004 IMG-20160429-WA0006 IMG-20160429-WA0007 IMG-20160429-WA0009

 

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »