Home / Berita / Era Baru Latihan Khidmat Negara PLKN 2.0

Era Baru Latihan Khidmat Negara PLKN 2.0

Majlis Belia Malaysia merakamkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia diatas kejayaan melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 pada 24hb April di Esplanade Suria KLCC oleh YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia. MBM menaruh kepercayaan tinggi bahawa PLKN 2.0 yang telah melalui siri kajian transformasi terus relevan kepada pembagunan jati diri belia yang mengorientasikan semangat perpaduan dan patriotik.

MBM melihatkan PLKN2.0 yang kini bersifat inklusif telahpun merentasi 10 kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan satu metodologi operasi yang lebih mendekati keperluan belia zaman sekarang. Kandungan PLKN 2.0 membentuk semangat sukarelawan dan perwatakan positif melalui penerapan nilai murni hidup yang di anggap pratikal di kalangan belia.

Di samping tu, MBM menyokong penuh pelaksanaan Fasa 2 dalam PLKN 2.0 di mana pesertanya didedahkan kepada pelbagai kemahiran vokasional di tahap sijil dan diploma. Dijangka ia akan memainkan peranan signifikan agar belia dapat mendedahkan diri kepada potensi semula jadi yang ada pada dirinya.

“Dengan pendedahan sedemikian, belia lebih senang menguasai kemahiran hidup yang bersesuaian dengan minat dan potensi yang ada padanya,” ujah Eric Choo,  Naib Presiden MBM yang mewakili Presiden MBM Tn Hj. Mua’mar Ghadafi Jamaluddin ke majlis pelancaran itu. Majlis Pelancaran PLKN 2.0 turut dihadiri YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

IMG-20160425-WA0011 IMG-20160425-WA0013 IMG-20160425-WA0014 IMG-20160425-WA0015 IMG-20160425-WA0016 IMG-20160426-WA0000 IMG-20160426-WA0001

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »