Home / Berita / MBM menyertai program Angkor Sankranta perayaan tradisi tahun baru Cambodia

MBM menyertai program Angkor Sankranta perayaan tradisi tahun baru Cambodia

Pada 13 hingga 15 April 2016 Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai program Angkor  Sankranta perayaan tradisi tahun baru Cambodia yang diketuai oleh Sdr. Eric Choo Naib Presiden MBM, Sdr. Hasanul Amir Exco MBM dan Sdr. Lim Swee Bok Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP).

Rombongan MBM disambut baik oleh Union Youth Federations of Cambodia (UYFC) dan berkesempatan menjalinkan hubungan silatulrahim bukan sahaja dengan Cambodia tetapi juga pemimpin belia dari Thailand, Laos, Vietnam dan Singapore.

Pada 14 April 2016 berlangsung majlis perasmian yang dihadiri oleh perwakilan daripada kebanyakan Negara-Negara ASEAN. Perdana Menteri Cambodia, Samdech Hun Sen mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan dan menyeru supaya rakyat Cambodia bersatu  dan meningkatkan kompetensi, memelihara warisan, menaruh harapan kepada belianya untuk mengadakan perayaan Sankranta yang lebih besar dan mantap di Angkor Wat, Siem Reep pada masa akan datang. Beliau juga berbesar hati kerana perayaan Sankranta kali ini telahpun meningkatkan aktiviti pelancongan seramai 1 juta di seluruh Cambodia. Ucapan Presiden UYFC, Hun Many menonjolkan belia Cambodia untuk menyokong pembangunan di Cambodia, mengutarakan kepentingan belia Cambodia mengamalkan sikap tanggungjawab dalam semua aspek. UYFC telah menggerakkan sukarelawan belia seramai 3000 orang untuk menjayakan Angkor Sankranta.

Rombongan MBM telah berkesempatan menyertai upacara meletakkan “lantern lilin”  ke sungai bersama YAB PM Cambodia Samdech Hun Sen dalam majlis Lantern Festival diperlihatkan hubungan erat antara Malaysia dan Cambodia khususnya di peringkat pergerakan belia.

 

IMG-20160420-WA0003 IMG-20160420-WA0004 IMG-20160420-WA0005 IMG-20160420-WA0006 IMG-20160420-WA0007 IMG-20160420-WA0008 IMG-20160420-WA0009 IMG-20160420-WA0010 IMG-20160420-WA0011 IMG-20160420-WA0012 IMG-20160420-WA0013 IMG-20160420-WA0014 IMG-20160420-WA0015 IMG-20160420-WA0016 IMG-20160420-WA0017 IMG-20160420-WA0018 IMG-20160420-WA0019 IMG-20160420-WA0020 IMG-20160420-WA0021 IMG-20160420-WA0022 IMG-20160420-WA0023

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »