Home / Berita / Lawatan Kerja Dan Kunjungan Hormat MBM Ke IPPM

Lawatan Kerja Dan Kunjungan Hormat MBM Ke IPPM

Kajang 12 April – Telah berlangsung lawatan kerja dan kunjungan hormat serta pembentangan cadangan kertas kerja jalinan kerjasama dua hala antara Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Bilik Mesyuarat Operasi Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) yang dihadiri seramai 17 orang terdiri daripada wakil setiap bahagian iaitu Bahagian Paroi dan Pengkhidmatan Komuniti, Vokasional dan Industri , Keselamatan, Dasar Kepenjaraan, Unit Kebajikan, Unit Agama dan Sektor Pendidikan. Manakala MBM diwakili oleh Naib Presiden MBM / Pengerusi Pembangunan Sosial Sdr. Aizad Roslan, SU Pembangunan Sosial Sdr. Shoubli dan Ahli Jawatankuasanya.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan TKP Kausalya Devi A/P Sathoo. Perbincangan bermula dengan ucapan oleh Sdr. Aizad Roslan yang menerangkan MBM.

Di dalam perbincangan ini agenda utama dalam perbincangan adalah mencari bentuk kerjasama untuk kedua-dua pihak, selain itu Sdr. Aizad menambah dengan memberi penerangan tentang dasar dan matlamat MBM pada golongan belia berisiko. Juga dibincangkan mengenai bantuan untuk mendapatkan pekerjaan kepada banduan, mengadakan perjanjian MOU dan menubuhkan sekretariat.

Sesi perbincangan berakhir dengan penyampaian cenderamata oleh Sdr. Aizad Roslan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan TKP Kausalya Devi A/P Sathoo, sesi bergambar kenangan dan kami dibawa melawat galeri tempat dimana terjual pelbagai barangan hasil tangan banduan-banduan tersebut.

 

MBM21026 MBM21027 MBM21028 MBM21030 MBM21031 MBM21032 MBM21033 MBM21035 MBM21036 MBM21037 MBM21038 MBM21040 MBM21042 MBM21043 MBM21044 MBM21045 MBM21046 MBM21047 MBM21049 MBM21051 MBM21053 MBM21062 MBM21070 MBM21072 MBM21073 MBM21078 MBM21079 MBM21080 MBM21083 MBM21084 MBM21085 MBM21086 MBM21087 MBM21090 MBM21094 MBM21095 MBM21114 MBM21107 MBM21108

About faizal shuhaimi

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »