Home / Hebahan / Khairul Idham Pawi : Kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

Khairul Idham Pawi : Kebanggaan seluruh rakyat Malaysia

KHAIRUL IDHAM PAWI : JATI DIRI ANDA HADIAH TERBESAR KEMENANGAN PODIUM DI MOTOGP ARGENTINA

tmp_10504-IMG-20160404-WA0010-498409527

Majlis Belia Malaysia mewakili belia Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan Khairul Idham Pawi menduduki Podium Utama dalam perlumbaan MOTOGP 2016 ketegori Moto3 pada kejuaraan MOTUL GP of ARGENTINA

Kejayaan ini melayakkan lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar di pentas dan sejarah perlumbaan MotoGP buat julung kalinya.

Detik ini membuktikan kesungguhan dan nyalarasa dalam jiwa ditambah dengan kerja berkumpulan dan sikap optimistik mampu menatijahkan kemenangan dan sejarah baru. Sikap positif ini wajar menjadi ikutan golongan muda dan seluruh rakyat Malaysia.

MBM juga amat berbangga dengan jati diri yang ditunjukkan beliau dengan tidak meraikan kemenangan dengan melakukan ‘semburan arak’ malah perkataan Alhamdulillah dan syukur adalah ucapan pertama yang dilafazkan ketika di temuramah.

MBM mendoakan akan beliau dan seluruh atlit negara akan terus berjaya dan konsisten dalam lapangan yang diceburi. Kejayaan bermula dari sikap dan nyalarasa yang murni mencapai tahap terbaik anda.

Khairul Idham Pawi (gambar dari http://www.bikesrepublic.com)

Dalam masa yang sama, MBM turut mengagumi daya juang seorang lagi rakan seperlumbaan beliau (Adam Noorodin) yang tergelincir di selekoh terakhir perlumbaan sedangkan pada kedudukan podium sangat terbuka. Semangat kental beliau yang bangkit semula hingga ke garis penamat amat kami kagumi.

#MenggerakBeliaMalaysia

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDIN
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
5 April 2016

 

 

About admin

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »